Thursday, January 29, 2009

Bapa Saya Hebat

Suatu masa di sebuah sekolah ada seorang anak lelaki bernama Boy yang sangat taksub dengan kehebatan bapanya. Setiap hari dia menceritakan kehebatan bapanya kepada semua warga di sekolah itu termasuklah guru dan kakitangan lain di sekolah itu.

Dijadikan cerita di sekolah itu ada seorang murid kecil bernama Ben yang agak cerdik dan tidak senang dengan sikap taksub rakan-rakan. Dia pun mencari jalan agar Boy berhenti dari mebicarakan tentang bapanya.

"selamat pagi Boy" tanya Ben

" Selamat pagi, Bapa saya mengajar saya untuk menghormati orang lain" sahut Boy

" Siapakah yang paling kuat di kampung kau? " tanya Ben memulakan strateginya.

"Bapa sayalah, tiada setandig bapa saya" jawab Boy

"Siapakah yang paling laju berlari di daerah kita ?" tanya Ben

" Bapa saya" jawab Boy.

" Siapakah yang paling ditakuti penduduk kampung" tanya Ben

"Bapa saya" sahut Boy tegas.

"Siapa memujuk orang menangis di bawah pokok Jambu semalam" tanya Ben lagi

" Bapa saya " jawab Boy

"Siapa menangis di bawah pokok Jambu" tanya Ben lagi

"Bapa saya " jawab Boy.

Ben kemudiannya mengumumkan kepada rakan-rakannya bahawa bapa Boy tidaklah sehebat mana kerana menangis di bawah pokok Jambu.

No comments:

Post a Comment