Wednesday, January 28, 2009

Zip Seluar

Di satu sekolah impian ada seorang guru matematik yang sangat dihormati oleh murid-murid kerana prihatin dan berjiwa murid.

Pada suatu hari guru itu masuk ke kelas dengan tergesa-gesa kerana terlewat 5 minit. Sebaik sahaja masuk kelas guru itu terus memulakan P & P dengan penuh semangat.

"Murid-murid faham apa yang cikgu ajar" tanya guru itu

"Faham cikgu" semua murid mengiakannya.

"sekarang cikgu edarkan latihan dan selesaikan mengikut langkah-langkah yang cikgu ajar" sambung guru itu lagi.

Sambil murid-murid menjawab soalan latihan guru itu memantau kerja mereka dengan penuh prihatin.

Tiba-tiba seorang murid perempuan yang duduk di belakang sekali mengangkat tangan,

" Saya ada masalah cikgu, boleh tolongkah?"

"sekejap cikgu datang membantu" sahut guru itu lalu bergerak ke arah murid itu.

"Boleh saya tahu apa masalah kamu" tanya guru itu.

"Zip seluar cikgu terbuka" kata murid itu sambil meneruskan kerjanya.

2 comments: